Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Rekabentuk Sejagat: Selangor ke arah inklusif

berita

PETALING JAYA, 23 OKT: Semua Pihak Berkuasa Tempatan diseru menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Rekabentuk Sejagat seperti dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, jawatankuasa itu berperanan besar menjayakan hasrat Selangor berkembang maju dilengkapi persekitaran terbina tanpa halangan.

Katanya, Selangor harus mempelopori pembinaan bandar mudah dicapai dan bergerak tanpa halangan fizikal, sosial dan ekonomi.

“Hasrat ini menuntut komitmen semua sistem kerajaan dan swasta merealisasikan persekitaran terbina tanpa halangan berasaskan kepada hak asasi saksama Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Sasaran ini hanya dapai dicapai dengan kesedaran, penghayatan dan pengetahuan semua rakyat berkenaan istilah serta cabaran dilalui OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan ‘Seminar dan Bengkel Rekabentuk Sejagat: Selangor Ke Arah Negeri Berdayahuni dan Inklusif’, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hampir 200 peserta menyertai seminar dan bengkel dihoskan MBPJ antaranya wakil PBT, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Pada masa sama, Dr Daroyah berkata, Jawatankuasa Teknikal Rekabentuk Sejagat MBPJ dianggotai perancang bandar, arkitek, jurutera, arkitek landskap, kakitangan teknikal dan wakil jabatan.

“Ia bertanggungjawab menjaga kebajikan dan pakar dalam bidang reka bentuk kemudahan OKU dengan penyertaan wakil kumpulan OKU sendiri.

“Ini membolehkan semua pihak berkepentingan berkongsi pendapat, kemahiran dan kepakaran dalam merangka strategi serta program pembangunan OKU,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-25 07:35:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page