Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Smart Parenting: Ibu bapa perlu ‘Smart’ didik anak

berita

KLANG, 22 OKT: Golongan ibu bapa perlu bijak dan ‘smart’ mendidik anak-anak seawal peringkat usia supaya dapat seiring dengan perkembangan mereka.

Pakar Motivasi Pusat Kaunseling & Motivasi Asas Insan, Muhamad Khairil Fuad Che Ab. Razak berkata, ia kerana anak-anak banyak belajar tentang bagaimana ibu bapa mengajar mereka semasa kecil.

“Ilmu keibubapaan ini tidak diajar di sekolah ataupun mana-mana institusi, ianya adalah turun temurun dari generasi terdahulu dan semakin berkembang maka didikan kita pada anak-anak juga perlu selari.

“Sebab itulah pentingnya mendidik anak sejak kecil lagi dan sekarang ini pun banyak aplikasi dalam talian yang boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Tadika Islam Selangor Zaharah Awang berkata tips mendidik anak pada generasi sekarang harus bermula dari rumah.

“Didikan awal dari rumah sangat penting kerana dari situ anak-anak akan terikut dan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

“Maka, ibu bapa yang sibuk bekerja perlu mencari masa terluang bersama anak-anak supaya mereka tidak rasa terabai dan berjauhan dari ibu bapa,” katanya.

Bagi Pakar Psikologi Saleha Idris, ibu bapa perlu pintar berada dalam persekitaran anak-anak.

“Kita kena kenal dulu sifat anak-anak bagaimana sama ada dia mempunyai kelebihan dari segi teori atau fizikal dan dari situ baru kita boleh tahu apa mereka mahu.

“Kita juga kena ada interaksi dengan anak-anak dan jangan biarkan mereka lakukan apa-apa aktiviti diminati bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Forum ‘Anak Kita Selfie Kita’ bersama Ikon Parent Muda/Selebriti Yana Samsudin dalam program Gempak Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.

Program selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Oktober itu dirasmikan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-23 07:28:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page