Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Aplikasi pintar Bas Smart Selangor akhir bulan ini

berita

SHAH ALAM, 19 OKT: Aplikasi Bas Smart Selangor Transport Information System dijangka boleh dimuat turun pengguna perkhidmatan itu, pada akhir Oktober ini.

Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berkata, fasa pertama aplikasi itu membolehkan pengguna menyemak secara ‘real time’ waktu ketibaan Bas Smart Selangor.

Katanya, pengguna juga boleh mendapatkan ‘passenger info display system’ di setiap perhentian bas dengan mengimbas ‘QR Code’ menggunakan telefon pintar.

“Ia membolehkan pengguna mendapatkan maklumat terperinci perjalanan dan masa ketibaan bas.

“Jadi, pengguna boleh mengurus masa dan perjalanan mereka dengan lebih bijak dan efektif serta tidak perlu menunggu lama di mana-mana perhentian bas seperti sebelum ini,” katanya kepada SelangorKini.

Sesi latihan Aplikasi Bas Smart Selangor Transport Information System kini sedang berlangsung membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan, di Hotel Saujana, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, fasa kedua pula bakal menggabungkan aplikasi berkenaan dengan perkhidmatan lain seperti Uber, Grab dan teksi.

“Aplikasi ini akan memaklumkan pengguna perkhidmatan mana paling cepat dan kos manalebih tinggi.

“Ia memberi pilihan kepada pengguna memilih pengangkutan yang memenuhi kehendak mereka untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-20 09:43:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page