Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Tour De Selangor 2017: Peringkat ke-2 harungi cabaran ke Dengkil

berita

SHAH ALAM, 18 OKT: Kejohanan berbasikal Tour De Selangor 2017 peringkat kedua diteruskan hari ini bermula di Dataran Kemerdekaan dan berakhir di Dengkil.

Perlumbaan dilepaskan pada jam 11 pagi oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazalan Mohd Noor.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Mohd Zubir Idrus dan Pengarah Urusan LifeProFit Sdn Bhd, Azri Che Noh.

Sementara itu, pemenang perlumbaan peringkat pertama yang berlangsung semalam dimenangi Pelumba Team Sapura Cycling (TSC) Muhammad Zawawi Azman dengan masa dua jam 41 minit 42 saat.

Tempat kedua diraih pelumba PDM, Nik Mohd Azwan Zulkifle dan pelumba Asian Cycling Team, Ryohei Komori di tempat ketiga.

Kemenangan Muhammad Zawawi yang berakhir di Bukit Malawati semalam turut membolehkan dia menyarung jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruhan, jersi Raja Pecut (biru) dan Bukit (merah).

Sebanyak 15 pasukan dari dalam dan luar negara akan mengharungi lima peringkat perlumbaan sejauh 558.4 kilometer.

Penganjuran kejohanan yang bermula semalam (17 Oktober) hingga 21 Oktober ini melibatkan jarak laluan 600 kilometer di seluruh daerah negeri Selangor.

Perlumbaan itu dianjurkan LifeProFit Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Berbasikal Negeri Selangor (PBNS).

( Sumber ; Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-19 07:19:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page