Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

UNISEL jalin kerjasama dengan 158 universiti seluruh Indonesia

berita

PADANG, 13 OKT: Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Institut Kajian Malaysia-Indonesia (IKMI) menjalinkan kerjasama dengan 158 universiti di seluruh Indonesia, sejak 2007.

Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL, Profesor Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi berkata, kerjasama yang menjurus kepada akademik itu membabitkan pelbagai aspek antaranya pertukaran pelajar dan penganjuran seminar.

Katanya, universiti Kerajaan Negeri itu turut mempromosikan program doktor falsafah (PhD) secara meluas dengan institut pengajian tinggi, di Indonesia.

“Tugas utama IKMI adalah sebagai penghubung dengan seluruh universiti di Indonesia termasuk bersama Universitas Dharma Andalas, di sini, untuk program PhD.

“Berdasarkan statistik sejak 2007, ramai tenaga dari UNISEL mengambil PhD dalam bidang pengurusan dan sains sosial, malahan setiap tahun ada pertukaran pelajar antarannya dari Sulawesi, Palembang, Medan juga Aceh,” katanya kepada SelangorKini.

Terbaru, UNISEL bersama Universitas Dharma Andalas akan menganjurkan Persidangan Tahunan Ekonomi, Perniagaan, Perakaunan dan Sains Sosial (ACEBASS) 2017, di Hotel Rocky Plaza, di sini.

Mengulas penganjuran seminar terbabit, Dr Mohd Zaidi berkata, beberapa pembentangan kertas kerja akan dilakukan sebagai usaha menjalin hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.

Pada masa sama, beliau turut memuji kemajuan Indonesia terhadap sektor pendidikan yang semakin memberangsangkan saban tahun.

“Indonesia sedang menuju seperti Malaysia ketika tahun 1970 hingga 1980-an yang menyaksikan pembangunan infrastruktur mereka semakin hebat dan mengeluarkan banyak biasiswa pelajar ke luar negara.

“Kita sangat mengalu-alukan usaha ini,” katanya.

UNISEL terus berusaha mengukuhkan kedudukannya menerajui bidang pendidikan berteraskan pengajian bahasa dan bangsa terkemuka di rantau ini, sekali gus merungkai elemen serumpun antara Selangor, Malaysia juga Indonesia.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-17 07:23:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page