Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Hargai budaya kreativiti dan inovasi demi kemajuan

berita

SHAH ALAM, 12 OKT: Agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri diiktiraf pada Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Selangor 2017 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penganjurannya membuktikan komitmen pentadbiran negeri menghargai kreativiti dan inovasi sebagai budaya dalam masyarakat.

“Penganjurannya bukan sekadar acara, tetapi satu usaha menggarap idea kreatif dan inovatif dan diterjemahkan kepada projek yang praktikal.

“Ia bagi mempertingkatkan kualiti hidup, pembangunan dan kesejahteraan rakyat khususnya warga Selangor,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program di sini, petang ini.

Mohamed Azmin berkata, budaya kreatif dan inovatif harus disemai dalam kalangan masyarakat bermula di bangku sekolah.

Beliau berkata, pelaksanaannya bagi membolehkan golongan belia terlibat sama dalam memberi sumbang saran dan idea kreatif kepada kemajuan negeri untuk tempoh akan datang.

“Semoga kejayaan dan pengiktirafan ini menjadi pendorong untuk terus menghasilkan idea lebih kreatif dan inovatif dalam masyarakat,” katanya.

Terdahulu, penganjuran Majlis Apresiasi Inovasi membuka peluang kepada penjawat awam, swasta dan penuntut institut pengajian tinggi menghasilkan produk dan idea secara kreatif.

Penghasilannya dijayakan secara konsisten dalam usaha membangunkan Selangor sebagai sebuah negeri maju dengan berteraskan penggunaan teklonogi pintar, kreatif dan inovatif.

Dalam perkembangan itu, Unit Korporat Setiausaha Kerajaan Negeri dipilih sebagai pempamer terbaik menerusi idea pengurusan dan pentadbiran secara holistik dan berkesan.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut mendominasi beberapa kategori idea kreatif menerusi produk Green Hut, Semakan Pejanjian Versi 2.0 dan Projek EZTRAP.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-13 07:43:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page