Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Wanita digalak sertai Kayuhan Basikal 180km Pulau Indah

berita

SHAH ALAM, 10 OKT: Penyertaan wanita amat digalakkan dalam acara kayuhan basikal sejauh 180 kilometer (km) edisi ketiga yang bakal berlangsung di Pulau Indah pada 14 Januari tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Mahmud Abbas berkata, acara tersebut amat berlainan pada kali ini kerana meletakkan syarat setiap pasukan harus mempunyai seorang peserta wanita.

“Saya berpendapat dengan adanya penyertaan daripada wanita yang amat memberangsangkan, ia turut dapat membantu rakan-rakan sepasukan yang lain untuk bergerak lebih maju.

“Ini juga aktiviti riadah yang sangat baik dan seperti satu budaya di negara kita tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Acara bertemakan “Ride For Glory” itu terhad kepada 1,000 peserta dari dalam dan luar negara dengan penyertaan daripada 30 pasukan dan 10 penunggan basikal.

Pada masa sama, Mahmud berkata, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita terbuka, junior veteran, veteran dan berpasukan.

Program kendalian Central Spectrum Sdn Bhd itu bertujuan mempromosikan aktiviti sihat di samping memperkenalkan industri halal hab di Selangor di samping bakal menjadi acara tahunan negeri.

“Pendaftaran juga telah dibuka dan setakat ini lebih kurang 20 peserta mendaftar dan akan ditutup pada 1 Disember ini.

“Kita juga mungkin akan membuat acara ini di peringkat antarabangsa dan pelancongan supaya lebih ramai lagi peserta dari pelusuk tempat dapat menyertainya,” katanya.

Acara itu menawarkan hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM40,000.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-11 07:26:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page