Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Kemajuan Selangor tarik minat pelabur asing

berita

BATU CAVES, 2 OKT: Pembangunan dan pencapaian ekonomi membanggakan diraih Selangor mendorong minat pelabur asing menanam modal di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia terbukti melalui lawatan lima harinya bersama rombongan Kerajaan Negeri ke India, baru-baru ini.

“Kita ingin melihat bagaimana mesej dan kejayaan Selangor disampaikan kepada masyarakat antarabangsa juga bagaimana kita dapat membina jaringan kerjasama untuk memastikan pelaburan yang datang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat juga peniaga di Selangor.

“Maklumat menyatakan kajian dibuat meletakkan Selangor sebagai destinasi sesuai dan selamat untuk mereka membuat pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat dan Ramah Mesra Bersama Dato’ Menteri Besar di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

berita

Katanya, keunikan Selangor dan Malaysia sebagai negeri serta negara berbilang kaum, agama juga budaya memberi kelebihan dalam perkara itu.

Mohamed Azmin berkata, rombongannya disertai Invest Selangor ke Chennai, Tamil Nadu dan Hyderabad kerana India mencapai kemajuan terpuji hingga menarik minat pihak serta syarikat antarabangsa melabur di sana.

“Kita saling hormat menghormati juga bantu membantu antara satu sama lain dan prinsip cukup jelas ini memberi kepercayaan kepada pelabur untuk datang kerana kestabilan Kerajaan Negeri.

“Saya bersyukur dengan apa diraih hingga Selangor menjadi negeri termaju serta rakyat mendapat segala manfaatnya,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-03 07:07:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page