Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Projek Rumah Selangorku ikut jadual

berita

SHAH ALAM, 26 SEPT: Kerajaan Negeri yakin kira-kira 22,000 unit Rumah Selangorku yang dalam pembinaan daripada 97,432 unit yang diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan pemantauan projek terbabit bagi memastikan tidak membebankan pembeli.

“Kerajaan Negeri sendiri memantau dengan dekat kerana kita memahami keperluan yang mendesak untuk orang ramai memiliki rumah sendiri berbanding terpaksa menyewa,” kataya ketika dihubungi SelangorKini.

Bagaimanapun jelasnya, pada masa ini terdapat masalah apabila ada beberapa bank yang menolak permohonan pinjaman pembeli.

Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji syarat dan peraturan yang dikenakan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dan bukannya memberi tekanan dengan pelbagai syarat kepada golongan kurang berkemampuan ini.

Katanya, lagi Kerajaan Negeri sendiri mengambil pelbagai tindakan proaktif bagi membantu orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri dengan mewujudkan pelbagai skim melibatkan sektor perumahan dalam Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-27 07:31:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page