Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

PBT perlu manfaatkan Internet Of Things

berita

SUBANG JAYA, 24 SEPT: Pihak Berkuasa Tempatan diseru menyediakan teknologi berasaskan Internet Of Things (IOT) bagi mengurus secara efektif kehendak dan aspirasi rakyat menjelang 2020.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, trend menjelang tahun itu menunjukkan 50 hingga 80 peratus populasi bakal berhijrah dan menetap di bandar.

Katanya, keadaan itu menuntut PBT bergerak lebih maju ke hadapan dan menyediakan perkhidmatan IOT lebih proaktif dan efisien.

“Kita tidak lagi boleh guna kaedah lama, ‘parking’ guna kupon, aduan sampah lambat bertindak, turap jalan ambil masa berminggu, itu semua tidak boleh digunakan lagi.

“Tetapi dengan IOT, saya percaya masalah boleh diselesaikan kerana kita lebih tahu ‘real time information’ bila sesuatu insiden berlaku dan inilah yang dimahukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor ke 100, di Pintu Masuk Utama Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, IOT membolehkan sistem lebih bersepadu diwujudkan di seluruh negeri seperti penyediaan ‘smart parking’.

Katanya, ia membolehkan pengguna mengetahui jumlah lot parkir kosong dan pembayaran dilakukan menerusi dalam talian.

“Perkara ini sedang berlaku dengan pesat di China menyaksikan rakyat mereka hanya perlu membawa telefon pintar untuk membeli-belah di pasar.

“Pembayaran dilakukan secara ‘e-pay’ atau menerusi aplikasi tertentu.

“Kita sudah capai banyak perkara tetapi perlu ambil serius perkembangan IOT untuk ‘enhance’ gaya hidup rakyat dengan pentadbiran lebih efisien,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-25 08:01:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page