Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Selangor bakal terima lebih pelaburan

berita

SHAH ALAM, 15 SEPT: Sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat yang mempunyai perniagaan di Selangor dijangka akan mengembangkan jumlah pelaburan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan sendiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Gala Selangor-ASEAN Business Award 2017 di Hotel Concorde.

berita

“Saya akan umumkan perincian dua atau tiga minggu lagi dan kumpulan ini sudah berada di Selangor.

“Mereka mahu mengembangkan operasi dengan jumlah pelaburan besar,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri gembira dengan perkembangan berkenaan dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.

Sebelum ini, Selangor memeterai perjanjian persefahaman pelaburan bernilai RM2 bilion daripada gedung terbesar dunia IKEA.

IKEA bakal mendirikan gudang penyimpanan dan pengagihan produknya untuk pasaran Asia Pasifik di Pulau Indah berkapasiti enam kali lebih besar dari IKEA Basel itu sendiri iaitu mampu memuatkan 230,000 palet berbanding 48,000 palet.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-18 07:33:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page