Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Aksi MB panjat halangan tinggi mencuri tumpuan

berita

SHAH ALAM, 10 SEPT: Aksi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memanjat halangan berpagar setinggi 3.3 meter pada Great Eastern Viper Arena di Stadium Shah Alam malam tadi mencuri tumpuan peserta dan orang ramai yang berada di situ.

Pada awalnya Mohamed Azmin hanya menyaksikan peserta memanjat halangan dalam pertandingan dengan memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi itu sebelum memutuskan untuk turut mencubanya sendiri.

Sebaik sahaja Mohamed Azmin melangkah untuk melepasi halangan pertama daripada 15 halangan yang terdapat dalam pertandingan itu, orang ramai yang menyaksikan mula bersorak bagi memberikan sokongan kepada beliau.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki menandakan kejayaannya mengatasi halangan itu, beliau sekali lagi diberikan tepukan gemurah.

Mohamed Azmin berjaya melepasi halangan itu dengan mengambil masa kurang tiga minit.

berita

Aksi beliau itu turut disaksikan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong; Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din dan beberapa wakil Great Eastern Life Assurance Berhad.

Bagaimanapun kemampuan Mohamed Azmin melepasi halangan setinggi itu pada usia 53 tahun bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi mereka yang mengenali beliau dengan lebih dekat khususnya yang bekerja rapat dengan beliau.

Hal ini berikutan walaupun sibuk dengan tugasannya sebagai pemimpin nombor satu di negeri termaju itu namun Mohamed Azmin memang diketahui mementingkan gaya kehidupan yang sihat dan kekal cergas sama ada aspek mental dan fizikal.

Sebelum ini beliau turut beberapa kali beriadah dengan berbasikal sejauh lebih 15 kilometer sama ada dalam acara rasmi Kerajaan Negeri mahupun tidak rasmi.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-11 08:08:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page