Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sedia infrastrukur kemudahan sukan terbaik

berita

PETALING JAYA, 9 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam usaha menyediakan kemudahan infrastruktur sukan terbaik di kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, kemudahan sukan yang canggih dan terbaik itu disediakan untuk digunakan oleh masyarakat.

“MBPJ amat komited memberi kemudahan terbaik sekaligus memperbaiki kemudahan sekitar untuk masyarakat melakukan aktiviti sukan.

“Kita percaya aktiviti sukan bukan sahaja melahirkan insan yang sihat tetapi merapatkan hubungan sesama penduduk,” katanya di Majlis Perasmian Pesta Renang MBPJ, di Kompleks Kolam Renang SS7, di sini.

Beliau berkata MBPJ memperuntukkan perbelanjaan tinggi menaiktaraf kemudahan sukan sedia ada.

Pada masa sama, Mohd Azizi berkata, MBPJ merupakan antara pihak berkuasa tempatan yang aktif menganjurkan pelbagai kejohanan sukan sekitar Petaling Jaya.

Katanya, ia dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan.

“Kita merancang pelbagai kegiatan sukan antaranya goalball, inline hockey, futsal, bola jaring, PJ Half Marathon, karnival paralimpik dan sebagainya.

“MBPJ sentiasa menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan mental dan fizikal penduduk Petaling Jaya,” katanya.

Terdahulu, Stadium MBPJ dinaiktaraf bagi dijadikan tempat perlawanan sukan ragbi Sukan SEA Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum itu, Stadium Hoki Petaling Jaya turut dinaiktaraf menerusi projek naik taraf prasarana kemudahan sukan itu.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-11 07:59:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page