Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

RM204 juta Wakaf Selangor, salur pembangunan ekonomi Islam

SHAH ALAM, 6 SEPT: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berjaya mungumpul dana wakaf tunai berjumlah RM204 juta sejak ia mula ditubuhkan, Januari 2011 lalu.

Pengerusinya, Dato’ Setia Ramli Mahmud berkata, perbelanjaan wakaf itu digunakan bagi tujuan pembangunan komuniti masyarakat Islam seluruh negeri.

“PWS berjaya mengumpulkan dana wakaf tunai berjumlah RM204 juta dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan Negeri dan Swasta.

“Sehingga kini, sebahagian dana itu disalurkan untuk pembinaan lapan masjid, 21 surau, empat institusi pembangunan pendidikan di Selangor.

“Dana wakaf ini juga digunakan bagi membiayai pembelian wakaf Al-Quran serta buku-buku rujukan Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford,” katanya ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini.

Terdahulu, PWS ditubuhkan bagi meningkatkan keperluan dalam pengurusan harta wakaf dan membudayakan amalan wakaf untuk membangunkan ekonomi ummah secara berkesan berpandukan hukum syarak.

Fungsinya turut memberi nasihat kepada Majlis berkenaan dengan dasar, cara, langkah yang perlu dilaksanakan dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta dan produk wakaf.

Ia turut melaksanakan dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Majlis berkenaan dengan pembangunan harta dan produk wakaf.

Selain itu, PWS turut berperanan menjalankan pengendalian serta penyelenggaraan harta wakaf termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan harta wakaf masyarakat.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-07 09:01:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page