Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat

berita

KUALA SELANGOR, 4 SEPT: Mangsa banjir di Kampung Seri Sentosa, di sini meningkat kepada 45, berbanding 33 orang, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, semua mangsa dari 14 keluarga itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Surau Ladang Tuan Mee, di sini, setakat jam 9.45 malam.

“Semua mangsa dipindahkan setelah kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.3 meter hingga 1.5 meter ekoran hujan lebat sejak 4 pagi tadi (semalam),” katanya.

Kerja pemindahan mangsa banjir dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, Jabatan Metereologi Malaysia melaporkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dikeluarkan bagi Kedah, Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak hingga lewat Isnin.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot kecil.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-05 08:05:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page