Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Giat laksana operasi penguatkuasaan

berita

PETALING JAYA, 2 SEPT: Sebanyak 46 kompaum dan 29 sitaan dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui 244 operasi penguatkuasaan bagi aktiviti lesen berisiko.

Dato’ Bandar MBPJ, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, operasi itu dijalankan sepanjang Ogos oleh Jabatan Penguatkuasaan temasuk empat operasi bersepadu bersama jabatan dalaman MBPJ dan agensi lain seperti Polis, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Kita telah mengenakan 11 kompaun dan tujuh sitaan ke atas hotel, 13 kompaun ke atas pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan, 17 kompaun ke atas pusat siber cafe dan lima kompaun ke atas pusat snooker.

“Manakala bagi operasi penguatkuasaan lesen tidak berisiko tindakan dilaksanakan setiap hari mengikut Akta dan Undang-undang kecil yang digunapakai oleh majlis.

“MBPJ mengenakan 119 kompaun dan 104 sitaan ke atas penjaja tanpa lesen, 245 kompaun dan 84 sitaan kesalahan halangan dan 17 sitaan keatas kesalahan ‘carwash’,” katanya dalam mesyuarat MBPJ, baru-baru ini.

Azizi berkata, pihaknya sentiasa melaksanakan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang bagi mendidik orang awam dan pengusaha untuk mematuhi peraturan ditetapkan.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-05 08:01:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page