Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

E-World mudah proses dokumentasi kutipan sampah

berita

SHAH ALAM, 29 OGOS: Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) memperkenalkan sistem E-World untuk mempermudahkan urusan rekod, rujukan dan dokumentasi pengurusan sisa pepejal yang dilupuskan di bawah seliaan syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, inisiatif itu akan diaplikasikan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengurus kutipan sisa pepejal seluruh negeri.

“Sistem E -World merupakan langkah strategik Worldwide Holdings dalam mempertingkatkan kecekapan pengendalian urusan pendaftaran di tapak pelupusan.

“Penggunaan data-data berkaitan akan disalurkan secara automatik ke sistem ini bertujuan meningkatkan kelancaran rekod pengurusan dan pemantauan kenderaan atau lori sampah yang masuk ke tapak pelupusan,” katanya.

berita

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Pasca Penutupan Tiga Tapak Pelupusan Sanitari dan Pelancaran Sistem E-World, di Worldwide Landfills Park Air Hitam, Puchong semalam.

Norazlina berkata, pembaikan inisiatif berkenaan membuktikan komitmen agensi itu meningkatkan dan menambahbaik pengurusan sisa pepejal, terutama dalam urusan dengan PBT dan pihak berkaitan.

“Aplikasi ini juga sekali gus mendukung hasrat Kerajaan Negeri membangunkan Smart Selangor dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi pintar untuk mengurus perkhidmatan.

“Berpandukan kepada kepakaran yang ada, Worldwide Holdings akan terus memberikan komitmen dalam memastikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan jaya, efektif dan berkesan,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-08-30 07:37:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page