Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

MPSJ lancar Skuad Denggi peringkat sekolah

berita

SUBANG JAYA, 22 OGOS: Sebanyak 53 sekolah menyertai Skuad Denggi Peringkat Sekolah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sempena Program Anugerah Sekolah Sejahtera 2017.

Pemangku Yang DiPertua, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, ia merupakan antara inisiatif MPSJ memberi pendedahan kepada generasi muda berhubung bahaya denggi menerusi pendekatan edutainment (education and entertainment).

Katanya, ia juga dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengawal dan mencegah penularan wabak denggi bermula dari peringkat akar umbi.

“Skuad ini akan berfungsi mencegah dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan menyebar maklumat dan pengetahuan berhubung bahaya wabak denggi,” katanya.

berita

Beliau berkata demikian pada Program Eksplorasi dan Majlis Pelancaran Skuad Cegah Denggi, di Sunway Lagoon, di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’, program sulung itu mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor, Pejabat Pendidikan Petaling Perdana dan Sunway Lagoon Malaysia.

Ia disertai 39 sekolah rendah dan 14 sekolah menengah, sementara 14 daripadanya merupakan sekolah jenis kebangsaan.

Pada 17 Mei lalu, program Anugerah Sekolah Sejahtera dilancarkan dan meliputi tiga komponen iaitu, kesihatan dan kebersihan, kelestarian alam sekitar serta landskap dan keceriaan.

Penubuhan Skuad Cegah Denggi Sekolah terletak di bawah komponen kesihatan dan kebersihan dan menerima penyertaan paling tinggi berbanding komponen lain.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-08-23 11:04:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page