Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Usaha berterusan indahkan Sungai Klang

berita

SHAH ALAM, 21 OGOS: Sejajar matlamat menjadikan Sungai Klang sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong, Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama Kelab Sungai Warisan giat mengadakan aktiviti melontar bebola enzim bagi memulihara sungai itu.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, penggunaan bebola itu boleh menggalakkan pertumbuhan alga dalam sungai yang bertindak membersihkan lumpur dan kekotoran.

“MPK sentiasa komited mengadakan pelbagai aktiviti memulihara kebersihan air dan keindahan sungai.

“Penjagaan kebersihan sungai ini bukan sahaja digalas pihak berkuasa dan agensi terbabit tetapi ia juga tanggungjawab semua pihak khususnya masyarakat setempat supaya kualiti air di sungai ini terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Melontar Bebola Enzim dan Perasmian Mural Terpanjang Klang serta Go Clean Jambatan Kota.

Sementara itu, lebih 500 ahli kelab warisan Sungai Klang, kakitangan MPK, 99 Speedmart dan GM Klang berganding bahu membersihkan Jambatan Kota menerusi Go Clean.

berita

Mohamad Yasid berkata, inisiatif itu dilaksanakan sempena ulang tahun ke-60 Jambatan Kota dan sambutan kemerdekaan Malaysia.

Katanya, Go Clean adalah program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran di Jambatan Kota supaya sentiasa dijaga dan dipelihara.

“Jambatan Kota Klang mula dibina pada Jun 1957 dan antara jambatan bersejarah di Malaysia kerana dibina sebelum tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

“Jambatan itu kini berusia 60 tahun sama dengan usia kemerdekaan Malaysia,” katanya.

Dalam majlis sama, mural yang menggambarkan suasana Klang suatu ketika dahulu turut dirasmikan.

Mural itu disaratkan dengan gambaran jeti Sungai Klang, monumen bersejarah dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Klang.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-08-23 14:53:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page