Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

MB bersama warga Ampang meriahkan Karnival MPAJ

berita

AMPANG, 20 OGOS : Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turun padang memeriahkan kehangatan program karnival Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pagi ini.

Program berlangsung dua hari sejak semalam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran warga tempatan menerusi penyertaan pelbagai program komuniti setempat di Padang Perbandaran MPAJ, 

Kemuncak program, Mohamed Azmin bersama Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Amirudin Shari dan Dr Daroyah Alwi turut serta dalam program kayuhan santai Jalur Gemilang sejauh 12 kilometer (KM) dan program 10,000 langkah bersama 2,000 peserta.

Ia turut disertai, Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain, Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib, ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias.

Dato’ Menteri Besar dalam ucapan perasmian program menyambut baik inisiatif MPAJ yang giat melaksanakan program komuniti di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, penganjuran karnival dan program bermanfaat mampu mengalakkan masyarakat untuk terus mengamalkan kehidupan sihat.

“Saya cukup gembira apabila saya dan Exco Kerajaan Negeri hadir untuk terlibat sama dalam program kayuhan santai dan 10,000 langkah pagi ini.

“Lebih menggembirakan saya, walaupun program ini bersifat santai, namun nampaknya saya lebih pantas dan kuat berbanding Yang Dipetua YDP dan Exco Negeri,” seloroh Mohamed Azmin diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Terdahulu, penganjuran karnival dijalankan bagi menyambut Ulangtahun Jubli Perak MPAJ ke 25 selepas penubuhannya dibuat pada 1 Julai 1992 lalu.

Antara pengisian program menerusi penganjuran 40 program menarik antaranya pameran kesihatan, pameran makanan, pertandingan sukan rakyat, pertandingan karaoke, persembahan kebudayaan dan ceramah agama.

Sementara itu, Abd Hamid Hussein pada sidang medianya berkata, inisiatif penganjuran karnival dibuat bagi menghargai sokongan komuniti terhadap perbandaran itu.

“Sokongan dan dorongan ini MPAJ terjemahkan dengan bersama-sama masyarakat dan warga kerja MPAJ berada dalam satu padang bergandingan bagi menjadikan Ampang Jaya sebagai kawasan hormoni dan selesa untuk bersama-sama didiami,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-08-23 14:52:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page