Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

PNHB sumbang buku Braille bantu pelajar istimewa

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) menyalurkan 22 buku Braille kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu (SKPKJB), di sini, dalam usaha membantu pelajarnya mendapat pendidikan lebih sempurna.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Sumber Strategik dan Perhubungan Awamnya, Prof Dato’ Dr Mohd Zainul Fithri Othman berkata, program terbabit sebahagian daripada aktiviti tahunan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

“Selain pendidikan normal, pendidikan khas juga harus diketengahkan kepada masyarakat berhubung usaha kerajaan dan sumbangan pelbagai pihak terhadap pembangunan pendidikan negara.

“PNHB tampil membantu sekolah ini kerana menyedari keperluan guru dan pelajar istimewa menghadapi masalah penglihatan yang memerlukan bahan pembelajaran yang sukar diperolehi di pasaran.

“Sumbangan ini diharap dapat memberi keselesaan kepada pelajar bagi menikmati pelajaran dengan lebih baik,” katanya kepada media selepas majlis penyerahannya di sekolah itu, hari ini.

Beliau berkata, program dijalankan adalah antara inisiatif PNHB bagi meringankan beban sekolah ekoran kos penyediaannya yang agak mahal dan terhad.

Beliau turut berharap bantuan itu dapat menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar istimewa sekolah berkenaan.

“Buku Braille ini sumbangan PNHB tetapi pada masa depan kita akan berusaha membabitkan penyertaan masyarakat dan pihak lain yang berminat menderma,” katanya yang turut menyeru kerajaan mengkaji insentif bagi membantu guru di sekolah pendidikan khas di negara ini.

IMG_20170803_112308IMG_20170803_112329Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-08-03 16:07:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page