Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Perkhidmatan Awam - Pinjaman Pelajaran Program Khas Peduli Siswa

Perkhidmatan Awam : Program Khas Peduli Siswa

PROGRAM KHAS PEDULI SISWA

>>Tawaran Sesi Ke-2 Tahun 2017 dibuka mulai 1 - 31 Ogos 2017
>>Klik untuk terus ke Sistem Permohonan Online : http://tkwbns.selangor.gov.my
 

 

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :


Syarat Am

i.   Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia;
ii.  Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
iii. Pemohon telah bermastautin lebih daripada lima (5) tahun di Selangor;
iv. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan di Universiti Awam berikut:

 

a.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Gombak)
b.  Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Bangi)
c.  Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang)
d. Universiti Teknologi MARA (Kampus Shah Alam / Puncak Alam / Puncak Perdana)

e.  Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.

 

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR

 

Syarat Akademik

i. Diploma
   - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
   - Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

 

ii. Ijazah Sarjana Muda
   - Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
   - Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
   - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

 

iii. Ijazah Perubatan
   - Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian / Veterinar di Universiti Awam yang disenaraikan.


Kadar Pembiayaan

 

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH PEMBIAYAAN SETAHUN PEDULI SISWA
 (RM)
Diploma 4,900.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai) 6,500.00
Ijazah Perubatan 7,000.00

 

Tajaan

Tajaan adalah bermula daripada tarikh mula pengajian sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.
 

Pengurangan Bayaran Balik

Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.

Peringkat Pengajian Pencapaian PNGK / CGPA Terakhir Peratus Pengurangan
Diploma/ Ijazah Sarjana (semua bidang pengajian) 3.75 hingga 4.00 100%
3.50 hingga 3.74 50%
3.20 hingga 3.49 25%
3.19 dan ke bawah 0%
Ijazah Perubatan LULUS 100%


Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i.   tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;

ii.  tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan

iii. mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS

 

 


Rujuk maklumat terkini dari Sistem Permohonan Online : http://tkwbns.selangor.gov.my

Urusetia :-

Urus Setia Cawangan Biasiswa Dan Pinjaman Pelajaran,
Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi Pejabat : 
8.30 Pagi hingga 4.30 Petang (Isnin - Khamis)
 
8.30 Pagi hingga 12.15 tengah hari / 
2.45 petang hingga 4.30 petang (Jumaat)

Sabtu / Ahad dan Cuti Umum adalah tutup.
Telefon  : 
03 - 5544 7000 - Talian Umum Pejabat SUK Selangor 
03 - 5521 2275 / 03 - 5544 7484 - Unit Permohonan
03 - 5544 7482 - Unit Kewangan & Bayaran
03 - 5544 7480 / 7481 - Unit Penguatkuasaan & Pengurangan Bayaran
03 - 5521 2430 - Unit Task Force 
E-mel : tkwbns@selangor.gov.my

 

Kemaskini pada 2017-07-27 15:52:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page