Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

MPSJ catat 40% penurunan kes demam denggi

SUBANG, 26 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan sejumlah 3,702 kes demam denggi dengan penurunan sebanyak 40 peratus sehingga minggu epid ke 29.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali berkata, penurunan itu menunjukkan hasi positif setelah pelbagai usaha dilaksanakan jika dibandingkan dengan bilangan kes pada minggu epid sama tahun lalu iaitu sebanyak 6,173 kes.

“Lokaliti hotspot demam denggi sehingga minggu epid ke-29 adalah berjumlah 11 dengan mengikut pecahan zon seperti di Subang Jaya sebanyak tiga lokaliti hotspot, Seri Sedang (5) dan Kinrara (3).

“Sehingga kini dua program kempen Semburan Aerosol Selangor (SAS) yang dilancar Kerajaan Negeri telah kita laksanakan di peringkat MPSJ menunjukkan keberkesanan apabila laporan kes denggi menunjukkan penurunan,” katanya ketika mesyuarat MPSJ, di sini hari ini.

mpsj-1Zulkarnain berkata, Jabatan Kesihatan MPSJ telah meluaskan lagi program tersebut kepada ‘Satu Kelas, SAtu Aerosol’ dan ‘Satu Pejabat, Satu Aerosol’ bermula Julai ini.

Selain itu, MPSJ juga memberi fokus kepada skuad denggi supaya lebih aktif untuk membantu mencegah demam denggi.

“Selaras dengan itu, kita akan membuat penjenamaan semula skuad denggi kepada Skuad Cegah Denggi atau Dengue Prevention Squad (DPS),” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-07-27 08:54:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page