Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

MBPJ edar 62,000 ‘Mobile Garbage Bin’

PETALING JAYA, 21 JULAI: Sebanyak 62,000 tong sampah ‘Mobile Garbage Bin’ (MGB) mula diserahkan hari ini kepada penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, penyerahan fasa 2 itu membabitkan tong MGB berkapasiti 120 liter kepada setiap pemilik kediaman bertanah secara percuma.

Katanya, MBPJ memperuntukkan RM8 juta bagi pembelian tong itu yang mula diedarkan tahun lalu.

“Pengedaran ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai terhadap kepentingan kaedah pembuangan sampah dengan sempurna melalui penggunaan tong sampah yang sesuai.

“Secara tidak langsung, tahap kebersihan di sekitar Petaling Jaya dapat ditambah baik, sekali gus membantu MBPJ mencapai sasaran indeks kebersihan pada skala kurang 2.5,” katanya ketika Majlis Penyerahan Tong Sampah Fasa 2 di Ibu Pejabat MBPJ, di sini.

aziziPada masa sama, Mohd Azizi berkata, inisiatif itu turut memudahkan kontraktor kutipan dilantik MBPJ mengangkat sampah masuk ke dalam lori.

Katanya, ia juga dapat menghindarkan daripada kacau ganggu binatang dan bau busuk di kawasan sekitar.

“MBPJ akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis kediaman yang tidak menggunakan tong sampah percuma selepas dibekalkan.

“Pada fasa 2 ini juga, penduduk yang menerima tong sampah berkenaan tidak perlu lagi menandatangani surat aku janji kerana ia akan mengambil masa bagi penyediaan dokumen yang pelbagai, sekali gus merumitkan pengedaran,” katanya.

Beliau turut menjangkakan pengedaran tong sampah percuma itu melalui ahli majlis dan MBPJ akan berakhir, pada Ogos.

Sumber : Selangorkini.


Kemaskini pada 2017-07-21 15:10:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page