Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

MIHRM DHS tawar pengajian percuma kepada lepasan SPM

SHAH ALAM, 6 APRIL: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia antara 17 hingga 28 tahun ditawar mengikuti pengajian percuma menerusi program MIHRM DHS Career Work Sill Programme.

Program yang disokong Kerajaan Negeri itu adalah inisiatif bersama Segi Value Holdings dan Universiti Malaya yang membuka peluang kepada orang awam di seluruh negara untuk dilatih bagi memenuhi keperluan industri kini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, program itu turut menyediakan elaun tambahan kepada pelatih sehingga RM650 bagi tempoh pengajian bulan ketujuh dan 12.

“Saya dimaklumkan juga banyak syarikat korporat besar turut bekerjasama memberi tawaran pekerjaan dengan syarikat mereka kepada pelatih cemerlang yang berjaya menamatkan latihan sehingga 12 bulan.

“Ini bermaksud, insiaitif ini tidak tertumpu kepada usaha pemerkasaan bidang pendidikan tetapi juga boleh memberi nilai tambah kepada pelatih untuk berada dalam alam pekerjaan.

“Saya percaya ketidaktentuan ekonomi negara berhubung isu pembuangan pekerja, jadi sekurang-kurangnya program ini mampu memberi peluang lebih baik kepada mereka,” katanya dalam sidang media, di sini.

Sementara itu, Pengarah Institut Pengajian Lanjutan Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mansor Md Isa berkata, pihaknya akan memantau modus pembelajaran program itu.

“Peraturan di peringkat universiti menetapkan UM memantau proses pembelajaran ini untuk memastikan konteks pembelajaran adalah sesuai dan mengikut piawaian kami.

“Jika ia mencapai kualiti itu, pelajar akan menerima sijil pentauliahan daripada Universiti Malaya mengesahkan penyertaan dan tamat latihan pelatih dalam program ini,” katanya.

Program MIHRM DHS memberi penumpuan terhadap sembilan teras pendidikan utama antaranya membabitkan peluang dan latihan kemahiran teknikal dalam bidang peruncitan, pelancongan, perniagaan, sumber manusia dan keselamatan.

Sementara itu, DHS Hospitality Academy dan MIHRM bertindak sebagai penggerak utama program itu di samping kerjasama fasiliti di bawah seliaan Segi Value Holdings Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-22820654, 03-79556536 atau membuat permohonan terus di pejabat Ahli Dewan Negeri Kota Alam Shah.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-04-23 13:25:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page