Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Jumlah hotspot Wifi Selangorku tepati KPI

SHAH ALAM, 29 MAC: Pemasangan hotspot Wifi Selangorku berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan Kerajaan Negeri, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, sebanyak 2,981 hotspot dipasang di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN), sehingga penghujung 2015.

“Jumlah itu menepati KPI ditetapkan dan ia siap dipasang sepenuhnya, pada penghujung 2015.

“Walaubagaimanapun, capaian ke kawasan luar bandar masih boleh diperbaiki,” katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukan Ahli Dewan Negeri Balakong, Ng Tien Chee.

Mengikut pecahan DUN, Kota Anggerik menerima jumlah hotspot terbesar sebanyak 491, diikuti Subang Jaya (287) dan Kajang (265).

nik-nazmi-dunNik Nazmi berkata, penilaian kawasan dibuat berdasarkan permintaan dan infrastruktur internet sedia ada di kawasan setempat.

“Jika terdapat masalah capaian internet, ia akan menghadkan jumlah hotspot yang boleh dipasang di sesuatu kawasan,” katanya.

Mengulas berkenaan capaian internet yang sering terputus ketika digunakan, beliau berkata, setiap penggunakan diberikan ‘bandwith’ dan akses selama 30 minit.

Katanya, langkah itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmatinya.

 

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-30 15:58:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page