Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
LOGIN
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

MDKS terima RM1.8 juta urus sisa pepejal

KUALA SELANGOR, 24 MAC: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.8 juta kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri prihatin terhadap tahap kebersihan di semua pihak berkuasa tempatan ke arah menjadikan Selangor sihat dan bersih.

Bagaimanapun, katanya, tahap kemampuan setiap PBT perlu diambil kira sebelum perkara terbabit boleh dilaksanakan.

“Kerajaan Negeri mengambil maklum pelaksanaan kerja pembersihan ini mengambil kos yang besar, jadi sudah tentu MDKS tidak mampu menanggungnya.

“Justeru, bagi meningkatkan kecekapan operasi di bandar dan kampung tradisi, peruntukan ini diberikan,” katanya ketika Program Menyemarak Insentif Peduli Rakyat di Padang Awam Bukit Badong, di sini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut mengumumkan peruntukan RM60,000 kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor bagi membantu kerja baik pulih Padang JKKK Kampung Asam Jaya untuk kegunaan riadah penduduk sekitar.

“Mahu menjadi negeri bersih, masyarakat bukan sahaja bersikap bersih tetapi persekitaran, sekali gus masyarakat dapat menjalani dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2017, Kerajaan Negeri mengambil serius aduan ketua kampung berkenaan masalah pengurusan sisa pepejal, pembersihan dan pengutipan sampah pukal di kampung.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-30 15:48:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page