Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Petani disaran guna teknologi fertigasi tingkat hasil

KUALA SELANGOR, 23 MAC: Pengusaha tanaman pertanian disaran menggunakan teknologi fertigasi bagi melipatgandakan hasil seterusnya menjana lebih pendapatan.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sektor pertanian perlu memaksimumkan pengeluarannya ekoran hanya lima peratus kawasan pertanian berasaskan makanan.

“Oleh itu, kita memperkenalkan serta menggalakkan petani menggunakan kaedah fertigasi kerana ia mampu tingkatkan hasil sebagai contoh dengan 3,000 polibag sekali pada musim tuaian mampu mencecah RM20,000.

“Dengan kaedah teknologi digunakan mampu memberikan pengeluaran hasil maksimum berdasarkan kepada keluasan kecil,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Hari Bertemu Pelanggan dan Penyampaian GeranPembangunan Projek Pertanian 2017 Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor.

Katanya, bagi mereka yang kurang berminat pada pertanian namun mempunyai tanah tidak diguna pakai boleh berbincang dengan pejabat pertanian untuk dibantu dalam mengusakan tanah tersebut untuk pertanian.

“Kita boleh bantu untuk menemukan dengan mereka yang berminat kerana teknologi telah pun kita laksanakan serta kita mempunyai ramai petani yang berpengalaman serta tahu selok belok dalam kaedah ini,” katanya.

Pada masa sama, Zaidy berkata, beliau sedang menilai beberapa kawasan yang boleh dilaksanakan teknik ‘plant factory’ menjurus kepada penanaman tanaman dalam bangunan yang tidak memerlukan pencahayaan secara terus dari Matahari.

“Kita masih lagi diperingkat kajian yang dibuat di Pejabat Daerah Gombak agar kita dapat menghasilkan tanaman, buah buahan serta sayuran sayuran yang bernilai tinggi.

“Selepas tempoh kajian yang matang kita akan kongsikan dengan pengusaha untuk menjalankan pertanian yang berasaskan teknologi tinggi melalui ‘plant factory’ ini.

“Mungkin kita tak tanam jenis sayuran biasa tetapi kita tanam tanaman yang sukar didapati seperti tomato, strawberry dan sebagainya,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-27 13:58:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page