Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Dakwah santai jalanan ‘Bual Bicara Jalan Ke Syurga’ pukau minat umum

SHAH ALAM, 19 MAC: Konsep dakwah santai dipraktikkan dalam program “Bual Bicara Jalan Ke Syurga” diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, malam tadi, berjaya menghimpun khalayak bagi mengikuti majlis berkenaan.

Orang ramai yang selalu hadir bersama keluarga di kawasan ini, terhibur dengan acara disajikan penganjur yang memberi impak positif kepada umum.

Program siri kedua dari lapan siri itu diadakan sejak 2014 hasil cetusan idea Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Penolong Pengarah, Unit Ukhuwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhamad Yusof Masran, berkata penganjuran program tahun ini bermula pada Februari lalu dan berterusan setiap bulan kecuali pada Ramadan.

“Kita mempraktikkan konsep dakwah santai atau ‘street dakwah’ agar pengunjung yang hadir di dataran ini dapat mengikutinya dengan baik selain melakukan aktiviti bersama keluarga.

“Dengan pendekatan ini, kita mampu menarik minat orang ramai untuk bersama dalam program seperti ini,” katanya kepada SelangorKini.

Program itu dianjurkan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dengan kerjasama JAIS, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor (TAPIS).

‘Bual Bicara Jalan Ke Syurga’ menampilkan Ustaz Mohd Ramzi selaku Moderator serta dua panelis, Imam Muda (IM) Fakhrul dan Pencetus Ummah (PU) Salman.

Sebelum forum dilangsungkan, kumpulan Seven Musafir tampil menghiburkan pengunjung dengan lagu nasyid dan beberapa acara lain termasuk soalan kuiz juga penyertaan Ahli Kelab Fasilitator Dan Sukarelawan Jais (Aktor-S).

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-27 13:26:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page