Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

LPHS setuju baik pulih 24 lif Pangsapuri Seri Perantau

PELABUHAN KLANG, 11 FEB: Penduduk Pangsapuri Seri Perantau boleh menarik nafas lega apabila Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bersetuju membaik pulih 24 unit lif di pangsapuri itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norzaton Aini Mohd Kassim berkata, kerja menaiktaraf lif itu membabitkan kos RM6 juta dan dijangka bermula Jun ini.

“Kita memahami permasalahan penduduk di sini kerana lif yang berusia 15 tahun itu sudah uzur dan tidak boleh dibaiki.

“LPHS memberi komitmen dan berjanji membantu melancarkan kerja pengantian lif baru ini,” katanya ketika ditemui di taklimat skop kerja dan baik pulih lif, di pangsapuri itu, di sini.

Norzaton berkata kerja pembaikian itu akan mengambil masa selewat-lewatnya 18 bulan.

“LPHS berusaha mendapatkan pembiayaan penuh dari Kerajaan Negeri di bawah skim ‘Smart Life’,” katanya.

Pada masa sama, katanya, sejumlah RM17 juta dibelanjakan bagi kerja menaiktaraf lift di pangsapuri seluruh negeri.

Katanya, LPHS komited membantu penduduk pangsapuri terbabit selaras dengan usaha Kerajaan Negeri.

Sesi taklimat itu merupakan kesinambungan pelan tindakan program pemberdayaab komuniti (K-Squad).

Program itu disusuli dengan kursus fokus khas Seri Perantau iaitu program latihan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) supaya mereka mempunyai kemahiran dalam menguruskan bangunan strata.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-27 13:12:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page