Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Kraf Selangor


LOGO KRAF SELANGOR

 

Logo Kraf Selangor

 

Latar Belakang

  • Logo Kraf Selangor ini merupakan kali pertama diperkenalkan kepada umum.
  • Logo ini dihasilkan dan dipilih melalui Pertandingan Mencipta Logo Kraf Selangor pada bulan November, 2010 yang lalu. Ia dipilih dari kalangan lebih 100 penyertaan.
  • Logo Kraf Selangor ini bukan merupakan sekadar logo semata-mata tetapi juga berfungsi sebagai ‘jenama’ kepada semua produk kraf yang dihasilkan di negeri Selangor.
  • Logo ini akan digunakan dalam semua aktiviti / program / acara-acara berkaitan kraftangan di negeri Selangor termasuk promosi dan pengiklanan.
  • Logo ini dihasilkan dengan hala tuju yang lebih luas khususnya bagi pembangunan dan kemajuan kraftangan di negeri Selangor.
  • Penghasilan logo ini bukan dengan niat untuk menandingi atau bersaing dengan mana-mana pihak dalam industri kraftangan di Malaysia. Logo ini merupakan simbol kesungguhan dan semangat untuk terus memajukan industri kraftangan di negeri Selangor.
  • Logo Kraf Selangor juga menandakan bahawa bermulanya era baru
    kraftangan di negeri Selangor.

 

Rasional / Penerangan Logo

i. Bunga Anggerik

  • Dipilih berdasarkan kepada ciri-ciri dan keistimewaan bunga berkenaan.
  • Bunga anggerik telah lama menjadi perhatian dan menarik minat masyarakat terutama wanita.
  • Bunga anggerik menjadi simbol kepada transformasi dan kemajuan. Dahulu bunga anggerik tumbuh liar di dalam hutan. Namun kini, ia telah diberikan nilai-nilai komersial dan menjadi antara spesis flora yang menjadi pilihan ramai.
  • Bunga anggerik juga telah melalui fasa perubahan yang sangat menakjubkan.
    Ia berupaya mengekalkan ciri-ciri asal dan keunikannya yang tersendiri. Kini, revolusi bunga aggerik telah melalui fasa yang lebih luas melalui penghasilan klon-klon dan baka campuran yang lebih menarik.
  • Keharuman sepsis anggerik juga memberikan sumber inspirasi dan aura yang menenangkan selain warna dan bentuk bunganya yang sangat menarik.
  • Bunga anggerik telah terkenal bukan sahaja di Malaysia malah telah menjadi antara spesis bunga yang menarik perhatian di peringkat antarabangsa. Ia bukan sahaja telah dijadikan hiasan tetapi juga mendapat liputan yang sangat menggalakkan dalam industri perhotelan, makanan dan seni taman.
  • Bunga anggerik merupakan antara spesis bunga yang tahan lasak, kembang pada satu tempoh masa yang lama dan mengekalkan keharuman sepanjang masa.

ii. Perlambangan Kepada Kraf Selangor

  • Atas dasar dan keistimewaan inilah, bunga anggerik telah dipilih sebagai logo/simbol bagi Kraf Selangor.
  • Bunga anggerik menjadi perlambangan kepada keistimewaan, keunikan, keindahan dan tranformasi terhadap industri kraftangan di negeri Selangor.
  • Kerajaan Negeri Selangor juga memilih logo seumpama ini untuk memberikan gambaran dan imej yang tidak stereotype. Ini selaras dengan kemajuan dan perkembangan minda masyarakat negeri ini yang semakin terbuka dan berfikir di luar kotak / kebiasaan ( think out of the box ).
  • Bungga anggerik juga mewakili Kraf Selangor yang sentiasa berkembang, mengharum dan menarik perhatian ramai. Kraf Selangor juga akan menjadi suatu jenama yang memberikan dimensi positif kepada penggiat kraf dan masyarakat umum.
  • Bungga anggerik juga mewakili Kraf Selangor yang akan sentiasa terbuka kepada sebarang perubahan, perkembangan revolusi teknologi dan seiring dengan minat masyarakat yang sentiasa ke hadapan.
  • Lima ( 5 ) kelopak bunga anggerik mewakili lima ( 5 ) teras utama Kraf Selangor iaitu Kekuatan, Keunikan, Kepelbagaian, Kemajuan dan Kesungguhan.
  • Bunga anggerik melambangkan Kraf Selangor yang akan terus bertahan dengan kekuatan ciri-ciri dan keunikan yang tersendiri.

iii. Pemilihan Warna

  • Warna yang dipilih merupakan warna-warna utama dalam skema warna.
  • Pemilihan warna ini bagi menonjolkan lagi kekuatan dan keunikan logo Kraf Selangor ini. Ia adalah selaras dengan keunikan dan kepelbagaian bentuk dan ciri semua produk kraftangan di negeri ini.
  • Malah, warna-warna ini telah menjadi antara warna-warna kegemaran dalam industri kraftangan berasakan batik, songket, perhiasan rumah dan pakaian ( jahitan & sulaman ).
  • Pemilihan warna-warna utama ini juga bagi memberikan impak dan kesan langsung yang lebih positif terhadap pembangunan dan kekuatan industri kraf di negeri Selangor.


iv. Perkataan ‘ Kraf Selangor ‘

  • Pemilihan perkataan Kraf Selangor merupakan simbol kepada penjenamaan produk kraf di negeri ini.
  • Ia hanya dibuat dalam Bahasa Malaysia sahaja berikutan ia merupakan bahasa rasmi kebangsaan.
  • Selain itu, selaras dengan keunikan dan keaslian produk kraf di negeri Selangor, perkataan Kraf Selangor memang sengaja dibuat dalam satu bahasa sahaja.
  • Perkataan Kraf Selangor juga mudah difahami kerana bunyi dan sebutan perkataan tersebut adalah sama jika menggunakan Bahasa Inggeris sekalipun. Ini akan memberikan kelebihan di peringkat antarabangsa.
  • Pemilihan perkataan ini juga sebagai simbol menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan.


v. Perkataan ‘ Memperkasa Seni Warisan Selangor ‘

  • Perkataan Memperkasa Seni Warisan Selangor dipilih mewakili tujuan dan matlamat yang sangat jelas terutama dalam pembangunan industri kraf di Selangor.
  • Kraftangan sangat sinonim dan berkait rapat dengan kebudayaan, seni dan warisan serta adat di Malaysia.
  • Ia mewakili bukan sahaja kaum melayu bahkan juga kaum-kaum lain di negeri Selangor. Malahan, pengusaha-pengusaha kraf di negeri Selangor juga dari kalangan bangsa dan kaum lain selain melayu iaitu india, cina dan orang asli.
  • Kaum-kaum ini sangat berpegang teguh kepada adat dan warisan nenek moyang masing-masing. Justeru itu, pemilihan perkataan ini mewakili semangat dan kesungguhan dalam memartabatkan seni dan warisan di negeri ini.

 

Disediakan oleh:-
Sub-Seksyen Pelancongan
Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan
Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor


Kemaskini pada 2013-12-09 15:51:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page