Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Selangor Business School bakal bermula pertengahan 2017

SHAH ALAM, 11 JAN: Universiti Selangor (UNISEL) menjangkakan program Selangor Business School (SBS) bakal bermula pertengahan tahun 2017 bertempat di Petaling Jaya.

Masih dalam peringkat perbincangan dan perincian akhir, Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata segalanya berjalan lancar serta menggalakkan.

“Kita telah kenal pasti tempat SBS ini di Petaling Jaya, namun buat masa ini belum boleh diumumkan lokasinya.

“SBS dijangka akan beroperasi pertengahan tahun ini. Di peringkat awal ini, kita membuat pelantikan, mengenal pasti ruang, bidang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi SelangorKini bagi mengulas perkembangan semasa program SBS.

Bagi fasa pertama, UNISEL hanya bercadang untuk mengambil kurang daripada 100 pelajar sahaja.

Langkah itu diambil kerana program bersifat profesional dan semi profesional ini memerlukan individu yang berkelayakkan memberikan kuliah.

“Sebenarnya kita sudah ada Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di UNISEL yang mempunyai paling ramai pelajar.

“Dengan kata lain, kita telah mempunyai reputasi dari segi bidang ini cuma SBS menumpukan kepada program pasca graduan.

“Kita salurkan kepada mereka yang berminat dan ada kemahuan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Jelas Mohammad Redzuan, penubuhan SBS ini merupakan inisiatif mengisi kelompongan golongan yang berminat menyambung pelajaran tetapi dinafikan oleh segelintir pihak.

“Saya yakin dengan adanya SBS ini memberi ruang dan platform kepada mereka yang berminat.

“Kita mengambil pendekatan kalau ada ijazah yang diikitiraf, mereka layak mengikuti program kita,” katanya.

Kerajaan Selangor dalam Belanjawan 2017 memperuntukkan RM5 juta untuk penubuhan Selangor Business School yang menawarkan pengajian MBA dan menjadi sebahagian program pengembangan UNISEL.

 

sumber: selangorkini


Kemaskini pada 2017-02-01 08:36:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page