Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

MPK roboh binaan serupai kubah masjid

KLANG, 31 JAN: Sebuah binaan kecil yang menyerupai kubah masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bukit Raja seperti mana tular di media sosial dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, pagi tadi.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, perobohan itu dilakukan mengikut Akta Parit Dan Bangunan kerana mendirikan bangunan atau struktur tanpa kebenaran MPK.

Katanya, pihak yang bertanggungjawab sudah diberikan notis oleh MPK dan PTD namun tiada tindak balas diberikan.

“Pembinaan haram ini dilakukan di tanah kerajaan. Tindakan notis oleh PTD dikeluarkan pada 24 Januari dan tamat tempoh pada 27 Januari dan pemilik berjanji untuk merobohkan sendiri selepas Tahun Baru Cina.

“Oleh itu, keengganan pihak berkenaan merobohkan struktur itu membolehkan tindakan diambil mengikut undang-undang ditetapkan, bagi tujuan pemulihan tapak asal,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Norfiza berkata MPK turut menyediakan logistik bagi kerja meroboh dan memulih tapak dengan dihadiri oleh PTD, Polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebelum ini, binaan kecil itu dilakukan tanpa kebenaran MPK dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

MPK juga akan mengambil tindakan terhadap pembinaan struktur yang tidak mendapat kebenaran MPK di beberapa kawasan lain.

Sementara itu, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang didapati sudah menampal notis pada 24 Januari lalu pada binaan itu dan sudah mengarahkan pemilik memindahkan atau membuka struktur itu.

Pada notis itu juga, turut dinyatakan bahawa pembinaan struktur itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 425 dan juga 426A (1)(C) Kanun Tanah Negara 1965.

sumber : selangorkini


Kemaskini pada 2017-02-01 08:38:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page