Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Selangor Smart City International Conference bakal jadi acara tahunan

SHAH ALAM, 7 DIS : Selangor Smart City International Conference bakal dijadikan sebagai acara tahunan bermula tahun ini.

Ketua Esekutif Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC), Yong Kai Ping berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kejayaan program berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Menurutnya, keberkesanan persidangan antarabangsa itu mampu memberi pendedahan secara menyeluruh kepada umum berhubung komitmen Kerajaan Negeri melaksanakan gagasan Smart Selangor menjelang 2025.

“Kami bersedia membuat kerjasama bersama Barcelona untuk menganjurkan Smart City International pada September tahun hadapan.

“Melihat kepada perkembangan positif peserta inilah mendorong kami untuk mengadakan persidangan ini untuk tahun seterusnya.

“Sasarannya kami menganggarkan untuk menerima 1,500 penglibatan peserta dan delegasi dengan jumlah lebih besar supaya pemahaman mengenai Smart City ini dapat diterjemahkan kepada umum,” katanya.

Beliau bercakap kepada SelangorKini pada persidangan yang berlangsung di The Hotel Saujana Kuala Lumpur, di sini.

Dalam perkembangan tersebut, lebih 700 delegasi dari dalam dan luar negara hadir mendengar taklimat dan pandangan berhubung pelaksanaan Smart City di Selangor.

Turut diundang, panel jemputan dari Barcelona, Taiwan dan Amsterdam bagi berkongsi pengalaman membangunkan Smart City di negara masing-masing.

Semalam, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad hadir mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melancarkan blue print Smart Selangor, di sini.

Pemeteraian tersebut turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-01-15 00:57:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page