Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Belajar tangani stress beri khidmat terbaik

SUBANG JAYA, 3 DIS: Kakitangan kerajaan yang menjadi barisan hadapan kepada Kerajaan Negeri ketika menyelesaikan urusan masyarakat perlu belajar menangani stress dengan baik.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, stress jika tidak ditangani dengan baik menjadi punca gangguan kesihatan.

“Stress ialah penyakit moden yang membelenggu masyarakat ketika ini. Setiap hari penyakit ini membelenggu kehidupan dalam pekerjaan mahupun keluarga ditambah pula dengan kenaikan kos sara hidup semakin meningkat ketika ini.

“Kita mahu penyakit ini dapat ditangani secara positif kerana risau ia memberikan impak negatif,” katanya ketika merasmikan Forum Menangani Stress, di Hotel Grand Dorsett Grand Subang, di sini.

Dr Daroyah berkata Kerajaan Negeri sentiasa prihatin berkenaan permasalahan kakitangan awam yang berhadapan dengan karenah masyarakat.

“Melalui program ini, kita mengambil tindakan bijak bagi menangani masalah ini dengan memberi mereka ilmu, maklumat dan cara berhadapan dengan stress,” katanya.

Kira-kira 250 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pejabat Dewan Undangan Negeri menyertai program terbabit.

Forum Menangani Stress itu bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu bertujuan untuk mendidik pekerja untuk mengurangkan dan menguruskan stress dengan baik.

Program julung kali diadakan itu menampilkan slot gaya hidup sihat yang positif dari Pakar Psikologi dan Perundangan Keluarga, Suzana Ghazali.

Selain itu, forum terbabit turut menampilkan Selebriti, Abam Bocey; Kaunselor Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Rinatho Nunchi dan Pendakwah bebas, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki serta moderator, pemberita Astro Awani, Mohd Sharkawi Mohd Sallehuddin.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-01-15 00:44:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page