Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

HIJRAH terima kunjungan delegasi Sudan

 

 

 

SHAH ALAM, 2 DIS: HIJRAH Selangor menerima kunjungan delegasi daripada Sudan yang berhasrat mengenali lebih dekat Skim Pinjaman Mikrokredit itu.

 

 

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ia adalah petanda positif bahawa HIJRAH bukan sahaja dikenali di peringkat nasional, malah mula diberikan perhatian di peringkat global.

Katanya, kunjungan itu juga membuka peluang kepada kedua belah pihak berkongsi pengalaman dan pandangan berhubung skim pinjaman berkenaan.

“Kehadiran mereka antara lain bagi mendalami skim mikro kredit yang kita laksanakan.

“Ada antara mereka juga terlibat lebih 20 tahun dalam skim serupa, jadi kita patut ambil peluang ini untuk belajar banyak perkara daripada mereka yang berpengalaman,” katanya.

15230754_1177007169057887_6338203787131733635_nTerdahulu, beliau menyambut kunjungan satu hari daripada delegasi Sudan di Bangunan SUK di sini, hari ini.

Beliau ditemani Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Dato’ Mansor Othman dan Ketua Pegawai Operasi HIJRAH, Roslim Md Akhir.

Sementara itu, delegasi Sudan diketuai Menteri Kewangan dan Ekonomi Negeri Sungai Nil, Awad Al Seed Mohamed Ali Alzebair.

Wakil lain termasuk penyelidik, Dr Anwar Amar, Pegawai Jabatan Kewangan Mikro Sudan, Asma Manddor Almahadi dan Pegawai Institusi Kewangan Mikro, Elsharif Ahmed Elsharif Kafi.

Selain mendengar taklimat berhubung HIJRAH, delegasi juga dibawa melawat premis peserta HIJRAH di sekitar Shah Alam.

Sumber : Selangorkini

 


Kemaskini pada 2017-01-15 00:41:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page