Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Persidangan Antarabangsa ‘Smart City’ sasar 5,000 penyertaan

smart-persidangan

SHAH ALAM, 8 NOV: Persidangan Antarabangsa Bandar Pintar atau ‘Smart City’ yang bakal berlangsung di Selangor pada 6 dan 7 Disember ini menampilkan individu yang bertanggungjawab dalam pembangunan Smart City seluruh dunia.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, persidangan terbabit bakal menjadi salah satu acara terbesar di rantau ini dengan kehadiran wakil antarabangsa itu.

Katanya, wakil antarabangsa itu akan berkongsi pengalaman dalam membangunkan Smart City.

“Persidangan ini bertujuan menghubungkan semua agensi kerajaan ‘stakeholders’ dan pemain industri lain termasuk orang awam, pihak kerajaan, akademik dan sektor swasta.

“Ia diharap menjadi medium bertukar buah fikiran dan memperluaskan rangkaian perniagaan,” katanya dalam sidang media, di Bangunan Annexe, di sini.

Chang Khim berkata persidangan itu turut mempamerkan teknologi pembangunan dan kaedah penyelesaian teknologi ke arah Smart City, Internet Of Things (IOT) dan ‘Big Data Analytics’ daripada United Kingdom, Malaysia dan negara Asean yang lain.

“Antara individu yang dijemput adalah Arkitek daripada Barcelona Elia Hernando; Timbalan Datuk Bandar Taipei, Lin Chin Rong; Datuk Bandar Bandung, Ridwan Kamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview, Faris Yahaya.

“Peserta juga berpeluang menambah pengetahuan dari pakar internet terkenal seperti IBM, Microsoft dan Huawei,” katanya.

Beliau menyasarkan penyertaan seramai 5,000 peserta dalam persidangan terbabit yang bakal diadakan di Hotel Saujana, Kuala Lumpur.

Persidangan yang julung kali diadakan itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Penganjuran persidangan antarabangsa bandar pintar 2016 merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC).

Untuk info lanjut berhubung persidangan dan tempahan tiket, orang ramai boleh melayari www.selangorsmartcity2016.com.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-11 16:02:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page