Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Fogging bukan penyelesaian atasi denggi

AMPANG, 7 NOV: Fogging atau kerja penyemburan asap oleh pihak bertanggungjawab bagi membasmi nyamuk aedes di lokasi hot spot bukan penyelesaian bagi memastikan wabak demam denggi dan zika daripada merebak.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hamid Hussain, berkata sebaliknya orang ramai perlu memainkan peranan dengan memastikan kebersihan dan tiada tempat pembiakkan nyamuk aedes terutama di dalam kawasan kediaman masing-masing.

“Kalau di luar kawasan kediaman MPAJ boleh jalankan kerja fogging tetapi ini bukanlah penyelesaiannya kerana orang ramai juga perlu bertanggungjawan jaga kebersihan khususnya di dalam rumah masing-masing.

“MPAJ tiada kuasa menjaga kebersihan dalam rumah penduduk tetapi penduduk sendiri perlu memastikan tiada tempat pembiakkan nyamuk di dalam rumah masing-masing,” katanya kepada SelangorKini pada Program Gotong Royong Jelajah Selangor di Taman Bukit Mulia di sini, semalam.

ydp-mpaj-abd-hamid-hussainJelasnya, masa beberapa minit diluangkan untuk memeriksa kediaman masing-masing mampu mencegah daripada wabak demam denggi merebak.

Ketika menyentuh, program gotong royong diadakan, Hamid menyifatkan sikap proaktif penduduk Taman Bukit Mulia wajar dijadikan contoh penduduk di kawasan lain.

“Program seperti ini boleh memumuk kesedaran penduduk supaya berkerjasama menjaga kebersihan dan selain itu mengeratkan silaturahim sesama penduduk.

“Program gotong royong pagi ini mendapat sambutan baik sekali apabila saya difahamkan kira-kira 250 menghadiri progam ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Penduduk Taman Bukit Mulia, Amin Osman berbangga dengan sambutan diberikan penduduk perumahan terlibat.

“Taman Bukit Mulia terpilih mewakili Daerah Gombak dalam program COMBI (Komunikasi Untuk Kesan Tingkah Laku) Jelajah Seluruh Negeri Selangor anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan disebabkan itu kami mengadakan program seperti ini,” katanya.

Jelasnya, program ini mendapat kerjasama MPAJ, Pejabat Kesihatan Gombak, JKP Zon 5 dan Persatuan Penduduk Taman Bukit Mulia.

Katanya, selain bergotong royong, turut diadakan pertandingan zon dalam taman terbaik, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pameran Skuad COMBi.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-11 14:46:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page