Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Polisterin diharamkan diseluruh PBT tahun depan

SUBANG JAYA, 5 NOV: Kerajaan Negeri bakal menguatkuasakan larangan penggunaan polisterin dan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor, mulai tahun depan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, kempen mengenai perkara itu sedang berjalan di peringkat PBT bagi memberi kesedaran kepada peniaga dan pengguna.

“Mulai 1 Januari tahun depan, pengusaha atau peniaga tidak lagi boleh mengedar dan menggunakan bahan polisterin di seluruh Selangor.

“Untuk beg plastik pula, kita tidak menggalakkan dan jika terdapat premis perniagaan yang mahu memberinya kepada pelanggan, mereka perlu mengenakan caj bayaran dan tidak boleh diberikan secara percuma,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Jpeg

Beliau berkata demikian selepas Program Inisiatif Hijau Bersama, Komuniti dan Badan Korporat Dan Majlis Pelancaran Larangan Penggunaan Polisterin di Semua Premis Makanan serta Pengurangan Penggunaan Beg Plastik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2016.

Turut hadir, Yang DiPertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Beliau berkata, sebagai alternatif lain, antara bahan dipromosikan kepada pengguna adalah beg “biodegradable” diperbuat dari bahan terpilih yang mesra alam dan MPSJ mengambil inisiatif menghasilkannya.

Katanya, pengguna juga digalakkan mencari alternatif lain seperti membawa beg kitar semula ketika membeli belah juga bekas makanan sendiri.

“MPSJ adalah PBT pertama di Selangor memulakan program ini dan kejayaannya membanggakan dengan sambutan baik daripada masyarakat awam.

“Kempen ini kita mulakan sejak 2011 dan ia masa tepat bagi Selangor melangkah ke hadapan dalam usaha menjadi negeri peneraju teknologi hijau dan karbon rendah,” katanya.

Beliau berkata, semoga semua pihak memberi kerjasama bagi menjayakan program itu dan tidak menjalankan aktiviti menyalahi peraturan supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang oleh PBT.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-11 11:15:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page