Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

PKNS bangun semula tiga projek rumah pangsa lama 2,083 unit

 


SHAH ALAM, 1 NOV: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal membangunkan semula tiga projek rumah pangsa lama melibatkan 2,083 unit.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, tiga pemaju sudah dilantik bagi menjalankan projek pembangunan berkenaan.

Katanya, kerja fizikal masih belum dimulakan dan PKNS kini dalam proses mendapatkan persetujuan penduduk.

“Kita juga sudah merangka satu kertas dasar untuk pembentukan Jawatankuasa Khas menguruskan pembangunan semula di Selangor.

“Dengan adanya projek sebegini, ia memberi imej baru kepada kawasan sekitar serta penduduk berpeluang memiliki kediaman selesa dan terancang dengan kemudahan infrastruktur,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berhubung perkembangan terkini projek pembangunan rumah pangsa lama.

Iskandar berkata, tiga projek terlibat adalah Rumah Pangsa Seksyen 16, Shah Alam; Rumah Pangsa Seksyen 17, Petaling Jaya dan Rumah Pangsa Jalan Enggang, AU2, Hulu Kelang.

“Rumah Pangsa di Shah Alam melibatkan 926 unit oleh pemaju, Permai 16 Development Sdn Bhd dengan persetujuan penduduk kini pada tahap 82 peratus.

“Di Petaling Jaya pula melibatkan 424 unit oleh pemaju DKLS Industries Berhad dan kini dalam kajian menyeluruh.

“Sementara itu, di Hulu Kelang pula diberikan kepada Hyper Jati Sdn Bhd melibatkan 688 unit dan setakat ini menerima 16 peratus persetujuan penduduk,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-08 12:25:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page