Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

20,000 kg karbon aktif rawat pencemaran air

SEPANG, 30 OKT: Kaedah pengaktifan karbon digunakan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi memulihkan kualiti pencemaran bau air di Sungai Buah, di sini.

Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, kaedah tersebut meliputi jumlah kandungan karbon pada kuantiti 20,000 kilogram membabitkan tiga kawasan ban di sepanjang sungai.

“Selepas menjalankan kerja penyelidikan di makmal, kami mengesan kaedah ini boleh digunapakai bagi mengawal pencemaran bau air di Sungai Buah.

“Karbon aktif ini diletakkan di beberapa kawasan dikenalpasti berlakunya pencemaran dan hasilnya kita dapat lihat perkembangancukup positif hasil daripada kaedah ini.

“Sehingga semalam 20,000 kilogram diletakkan dan dijangka jumlah ini bertambah lagi dengan mengambil kira faktor pencemaran berlaku ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di tapak pembersihan pencemaran Sungai Buah di sini, petang ini.

Hadir sama, Pemangku Pengarah LUAS, Nor Zamri Sondor, Ketua Kualiti Air Makmal Pengurusan Air Selangor, Abdul Karim Endut; dan Timbalan Speaker Dewan Negeri, Shafie Ngah.

Dalam perkembangan sama, Elizabeth mengesahkan cecair kimia yang didakwa menjadi punca pencemaran bau air di negeri ini adalah dari jenis 4-Bromodiphenyl yang mengalir dari aliran sungai di Nilai, Negeri Sembilan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-31 12:04:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page