Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Teater Shahid Dukapura Dan Konklusi semarak seni golongan muda

SHAH ALAM, 18 OKT: Pementasan Teater Shahid Dukapura dan pelancaran naskah kumpulan drama pentas Konklusi diyakini mampu menyemarakkan lagi seni teater tanah air di negara ini.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad, berkata golongan muda khususnya kini kesedaran mengenainya semakin dilupakan golongan muda kini.

“Antara matlamat penganjurannya untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan belia tentang kepentingannya usaha memartabatkan seni teater negara.

“Selain itu, potensi dalam diri juga boleh ditingkatkan dengan menanam minat dan keyakinan golongan muda untuk lebih positif melalui aktiviti berteater,” katanya dalam kenyataan.

Program anjuran Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL dengan kerjasama MPAJ, Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diadakan bermula 28 hingga 30 Oktober ini.

Bertempat di Auditorium MPAJ, Ampang Jaya bermula jam 8.00 malam, Norhayati berkata, penganjurannya diyakini mampu memberikan motivasi dan pengajaran secara bersepadu kepada golongan muda.

“Ia mampu menjadi medium unggul untuk menyampaikan motivasi dan pengajaran, serta melahirkan masyarakat berintergrasi melalui penglibatan kaum.

“Bahkan, nashkah seni ini juga dapat memperbanyakkan lagi nashkah seni berkualiti dan boleh menjadi rujukan di Malaysia,” katanya.

Sebarang pertanyaan, orang oawam boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat di talian 03-42978271, atau menghubungi terus Penolong Pegawai Penerangan MPAJ, Mohd Rizal Amry di talian 012-9307543.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-19 17:24:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page