Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Noraida Mohd Yusof wanita pertama dilantik Pengurus Besar PKNS

SHAH ALAM, 11 OKT: Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof, 58, mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama memegang tampuk utama perbadanan terbabit.

Noraida PKNSPelantikan sebagai Pengurus Besar itu berkuatkuasa pada 7 Oktober lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan PKNS, pelantikan Noraida adalah bagi menggantikan Azlan Md Alifiah yang tamat perkhidmatan secara pinjaman sebagai Pengurus Besar PKNS pada 31 Julai lepas.

Noraida yang sudah berkhidmat di PKNS hampir 32 tahun.

Noraida berpengalaman luas di dalam bidang pentadbiran dan pembangunan, pengurusan hartanah dan sumber manusia.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi dari Universiti Malaya pada 1982.

Pada 2012, Noraida memperoleh Sarjana Eksekutif Antarabangsa Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) dari Paris Graduate School of Management.

Selain itu, beliau juga pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Hartanah) dari Euregio Management School of Stitching Euregio University College, Belgium pada 2014.

 

Kemaskini pada 2016-10-19 16:51:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page