Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

RM500,000 bina semula jambatan Sungai Satu, Pulau Ketam

KLANG, 7 OKT: Jambatan berusia lebih 50 tahun di Sungai Satu, Pulau Ketam, di sini bakal dibina semula dengan anggaran kos RM500,000.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, pelan awal cadangan berkenaan sudah disiapkan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Katanya, struktur asal jambatan kayu itu akan digantikan dengan jambatan konkrit sepanjang 40 meter dengan kelebaran tiga meter.

“Jumlah ini adalah anggaran awal, sementara jumlah tepat akan ditentukan selepas penilaian dan kajian MPK.

“Projek dijangka mula dilaksanakan dan disiapkan, pada awal 2017,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di sekitar Pulau Ketam, hari ini.

Turut serta, Pengarah Kejuruteraan MPK, Zamri Othman dan Penolong Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), Ahmad Nazmi Razali.

Awal tahun ini, sejumlah RM190,000 diperuntukkan bagi membina laluan pejalan kaki atas air sepanjang 109 meter di pulau itu.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-10 02:59:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page