Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

JPS terima peruntukan tambahan RM4.3 juta baiki ban

SHAH ALAM, 1 OKT: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan tambahan RM4.3 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi program jangka pendek kerja pembaikan ban pantai di empat daerah di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu diluluskan dua minggu lalu ekoran fenomena air pasang besar berlaku di pantai dan laut di Selangor yang memerlukan pihak berkuasa terbabit bertindak proaktif bagi menanganinya.

“Peranan JPS hari ini semakin mencabar ekoran fenomena cuaca global yang menuntutnya memainkan peranan lebih besar supaya kesan daripada cuaca ekstrem dapat diurus dengan baik.

“Sebelum ini kita beri (peruntukan) untuk kolam takungan yang menjadi punca kepada banjir kilat, manakala peruntukan tambahan ini untuk mengukuhkan ban pantai akibat fenomena berlaku,” katanya kepada media.

img_9109Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam Persidangan Pengurus Kanan JPS Malaysia di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, katanya, JPS Selangor memainkan peranan cukup efektif dan Kerajaan Negeri amat menghargainya.

“Bagi Belanjawan 2017, saya mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk melihat satu peruntukan jauh lebih besar diberikan kepada JPS negeri kerana tumpuan kita untuk tidak lagi berlaku banjir kilat di Selangor,” katanya.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 03:13:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page