Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Smart Selangor lawat Huawei dan ZTE di China

SHAH ALAM, 30 SEPT: Delegasi Smart Selangor membuat lawatan kerja ke ibu pejabat syarikat telekomunikasi, Huawei dan ZTE Corporations di China baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia membolehkan delegasi Kerajaan Negeri melihat secara langsung pelaksanaan konsep Smart City.

“Ia juga memberi peluang kepada Selangor untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman dengan syarikat besar telekomunikasi seperti Huawei dan ZTE.

“Kita juga dapat mengkadarkan penerapan solusi pintar di Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

img_5247Lawatan lima hari bermula pada 25 September sehingga 29 September itu tertumpu di Shenzen yang merupakan rumah kepada syarikat IT dan Telekomunikasi bertaraf antarabangsa.

Rombongan turut mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pentadbiran Kerajaan Shenzen dan disambut Timbalan Datuk Bandar, Wu Yihan.

Selain itu, delegasi turut berkesempatan melihat konsep Smart City dilaksanakan secara meluas di daerah Yinchuan.

img_5249Yinchuan merupakan daerah terpencil di dalam kawasan berautonomi Ninxia, yang mula melaksanakan konsep ‘Smart City’ sejak 2013.

Perangkuman sistem Smart City di Yinchuan merupakan antara terbaik di dunia dan menjadi contoh kepada pelbagai sektor pentadbiran, kesihatan, keselamatan, pengangkutan dan trafik.

Turut serta adalah Timbalan SUK Negeri Selangor (Operasi), Dato’ Mazalan Mohd Nor, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Bahtiar Hussin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Fazlina Hashim dan Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Muhammad Ridzuan Arshad.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 03:10:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page