Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Agensi diarah siap sedia hadapi ulangan fenomena air laut pasang besar

KAPAR, 21 SEPT: Kerajaan Negeri bersiap sedia bagi menghadapi fenomena air laut pasang besar yang dijangka melanda semula pada pertengahan Oktober, depan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri sudah mengarahkan agensi terbabit dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk membaiki benteng yang pecah dan uzur.

“Mengikut ramalan kaji cuaca, insiden sama akan berlaku lagi pada pertengahan Oktober dan disusuli November serta Disember.

“Jadi, sebelum insiden ini berlaku, kita meminta semua agensi dan JPS untuk membaiki benteng-benteng yang lemah diperkukuhkan supaya tidak ada lagi masalah benteng atau ban pecah masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda, di sini.

Mohamed Azmin menyifatkan fenomena itu luar biasa sekaligus menyebabkan kampung terbabit banjir.

mb-tok-muda1“Kita melihat salah satu punca banjir, air pasang besar yang melebihi 5.6 meter dan ini jumlah luar yang biasa. Sebab itu kita mengambil prihatin untuk memantau semuanya ban sepanjang pantai di seluruh Selangor.

“Keutamaan akan diberikan pada kawasan yang berkemungkinan berlaku banjir kilat seperti ini,” katanya.

Mohamed Azmin juga mahu semua pihak termasuk penduduk dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi situasi itu sekiranya berlaku.

Terdahulu, sejumlah RM3.5 juta diperuntukkan bagi projek melebar dan meninggikan ban sepanjang 730 meter (M) di Sungai Lang.

Bermula 18 September lalu, fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan pantai di Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengalami banjir.

air-pasangKeadaan arus deras itu juga turut menyebabkan beberapa ban pecah dan rosak.

Laporan Pasang Surut Air Laut daripada Pusat Hidrografi Nasional mencatatkan paras air pasang di pelabuhan Klang untuk beberapa hari ini agak tinggi.

Pada 18 September lalu, paras air adalah 5.6M, pada 19 September dengan catatan 5.5M, bacaan 5.5M pula dicatatkan pada 20 September sementara bacaan pada 21 September ialah 5.2M.

Terdahulu, Mohamed Azmin menziarahi keluarga arwah Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor Azahari Sairin yang meninggal dunia semalam.

“Sumbangan arwah kepada pentadbiran negeri amat saya hargai. Semoga roh beliau dikurniakan husnul khatimah dan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah. Al Fatihah,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:51:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page