Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Air pasang besar: 224 dipindah ke pusat pemindahan

SHAH ALAM 20 SEPT: Sebanyak 52 keluarga terdiri daripada 224 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Selangor sejak malam tadi berikutan fenomena air pasang besar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata mangsa yang terlibat adalah penduduk dari Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam (57 orang), Kampung Tok Muda, Kapar, Klang (152 orang) dan Kampung Tok Adam, Tanjong Karang (15 orang).

Beliau berkata tiga pusat pemindahan itu dibuka di Dewan Kampung Tok Muda; Balai Raya Lorong Hamzah 2, Kampung Tok Adam dan Dewan Orang Ramai Sungai Air Tawar.

Beberapa kawasan lain iaitu di sekitar daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam turut terjejas tetapi tiada sebarang pemindahan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

air-pasang1Sementara itu, fenomena air laut pasang besar pada hari ini tidak setinggi seperti berlaku semalam di beberapa kawasan di Selangor.

Tinjauan SelangorKini ke Sekinchan mendapati paras air laut di Pantai Redang Sekinchan berada diparas selamat dan tidak melepasi ban pesisir pantai.

Namun beberapa kawasan rendah ditepi pantai di Bagan Sekinchan dinaiki air laut.

Cuaca baik dan cerah pada awal pagi antara faktor kesan fenomena air pasang besar tidak setinggi pada kejadian semalam.

Pada kejadian semalam sebanyak 13 kawasan di lima daerah di Selangor dilanda banjir akibat limpahan air laut berikutan fenomena itu awal pagi semalam.

bantu1Kawasan yang terjejas akibat fenomena air pasang besar itu ialah Kampung Tok Muda, Kapar dengan paras ketinggian air 100 hingga 250 milimiter (mm); Taman Maznah, Klang (50 hingga 250 mm); Taman Selat Selatan, Klang (50 hingga 200 mm).

Selain itu, kawasan Sementa, Klang turut dinaiki air dengan ketinggian 50 hingga 200 mm; Kampung Sungai Pinang, Klang (900mm); Kampung Tok Muda, Pulau Indah, Klang (900 mm); Jalan Klang-Banting, Pandamaran (900 mm); dan Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang (900 mm).

Bagi daerah Kuala Selangor pula, kawasan yang dilimpahi air sungai akibat peningkatan paras air laut adalah pekan Bagan Pasir Penambang dengan paras air mencecah 100 hingga 200 mm manakala kawasan Pantai Remis pula mencapai ketinggian air sehingga 5.6 meter.

Pantai Kelanang di Banting mencapai ketinggian air sehingga 5.6 meter selain Kampung Sungai Air Tawar, Tebuk Mendeleng serta Sungai Lang di Sabak Bernam juga dinaiki air sebanyak 0.6 meter. Pekan Tanjong Karang turut dlimpahi air setinggi 900 mm.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:46:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page