Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Graduan Inpens diminta garap peluang kerjaya

SHAH ALAM, 20 SEPT: Graduan Kolej Antarabangsa Inpens diminta untuk menggarap peluang kerjaya yang ada bagi memenuhi setiap permintaan pasaran.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata hal itu bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing di negara ini.

“Kerajaan Negeri memandang serius isu tenaga asing. Jelas membuktikan kehadiran pekerja asing membawa pelbagai kesan negara sama ada positif dan negatif.

“Perkhabaran membawa 1.5 juta pekerja asing cerita membimbangkan. Atas kesedaran itu, Kerajaan Selangor komited melahirkan sendiri tenaga mahir.

“Kita tidak boleh bergantung harap kepada bekalan tenaga asing kerana kita sendiri mampu melakukan segala kerja tersebut. Diseru anak muda mengambil peluang kerjaya yang ada,” katanya di Majlis Konvokesyen kali ke- 20, di Dewan Jubli Perak, di sini.

Nik Nazmi berkata melalui penubuhan Inpens, Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan pendidikan kemahiran dan vokasional sebagai pilihan utama pendidikan seperti mana diamalkan negara maju seperti Perancis, Jerman, Korea dan Jepun.

img_5970-a“Kehadiran lebih ramai graduan kemahiran merancakkan lagi ekonomi negeri. Diharapkan kita mampu menjadi pembekal tenaga mahir kepada industri utama di negara ini.

“Kerajaan Selangor masih mengekalkan semua pembiayaan pendidikan termasuk Tabung Kumpulan Biasiswa dan Tajaan Program Kemahiran Teknikal. Ini membuktikan, Kerajaan Selangor prihatin kepada isu pembiayaan pendidikan,” katanya.

Nik Nazmi berkata pelbagai inisiatif dilakukan Kerajaan Negeri termasuk memperkasakan sistem pendidikan bermula pengajian awal kanak-kanak sehingga ke peringkat tertinggi.

“Kerajaan Selangor meletakkan keutamaan tinggi kepada isu pendidikan rakyatnya kerana pendidikan menjadi landasan utama mengoptimumkan potensi setiap pelajar.

“Kerajaan Negeri menyedari pendidikan merupakan salah satu mekanisme paling berkesan membela nasib rakyat dan memajukan negara,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menyalurkan pembiayaan pendidikan kemahiran untuk anak-anak Selangor bernilai RM4 juta.

Seramai 557 graduan menerima sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-20. Mereka adalah graduan yang tamat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Pendawaian Elektrik (PW2 dan PW4).

Sebanyak 10 bidang kemahiran ditawarkan iaitu Sektor Automotif, Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Elektronik, Motorsikal, Teknologi Maklumat, Penyamanan, Dandanan Rambut, Fesyen dan Pembuatan Pakaian, Kulinari dan Kosmetologi.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:45:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page