Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Penjawat awam perlu produktif, tingkat kualiti demi kemajuan Selangor

SHAH ALAM, 19 SEPT: Anggota perkhidmatan awam di Selangor diminta meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan ke arah kemajuan dan kemakmuran negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, golongan terbabit perlu lebih berilmu, produktif dan berdaya saing dalam melaksanakan tugas juga peranan masing-masing bersesuaian dengan keadaan dan cabaran masa kini.

Beliau berkata, mitos sering dikaitkan dengan anggota perkhidmatan awam iaitu sekadar datang antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan pulang begitu sahaja perlu dielakkan.

344a3232“Sebenarnya, mitos ini mesti dihapuskan kerana kita yakin mereka mempunyai potensi besar dan bakat berbeza juga kekuatan yang perlu dimanfaatkan.

“Ia tidak harus sekadar anggota perkhidmatan awam menjalankan tugas mengikut piagam tetapi berkhidmat dengan menunjukkan potensi yang harus digilap,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri serta Penyerahan Bendera Kontinjen SUK Selangor ke Kejohanan SUK SeMalaysia, di sini, hari ini.

Katanya, penyertaan ke kejohanan itu menerusi satu kontinjen besar menunjukkan Selangor memiliki semangat kesukanan dan disiplin tinggi yang dapat membantu memberikan perkhidmatan baik dalam perkhidmatan awam di negeri itu.

“Dengan aspek ini, saya bersama anggota perkhidmatan awam akan melihat bagaimana kita boleh menggilap potensi dan bakat masing-masing dalam memaju serta memakmurkan Selangor,” katanya.

344a3356

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:38:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page